Tuesday, May 18

Weird Tapi Benar : Madu RM 3,000.

Lama jugak rasanya I tak post up my personal opinions on news nowadays. Yang tentang Aminul Rashid, I definitely got my own perpective, my own view. Tapi tak berani untuk mengutarakannya sebab the issue is quite deep. Biar larh yang lain-lain say it out loud on behalf of me.

Anyways, back to the tajuk above. Madu RM 3,000 . . . apa kejadahnya ?


MUAR : Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.

Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri.

Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu.

Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu.

“Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah. 

“Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya.

“Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.

Full news ; here.
Agak pelik the way the usahawan actually married these two ladies. He firstly offered to help them out by offering his money to pay their denda. And then he kenakan a syarat - you gotta marry him first in order for him to pay the fine.

These two ladies of course larh terpaksa setuju in order to melepaskan diri mereka dari dihumban ke penjara. They themselves are real curious now with the perjanjian pelik that they had went through. And also are now afraid that the usahawan will continue doing this kinda weird marrying thing.

Walaubagaimanapun, they shall be real grateful sebab dapat keluar daripada the denda easily and living a happy life now. Yang pasal jadi isteri ke-2, ke-3 to a 55 year old man . . . I've got nothing to say. Siapa suruh berkhalwat in the first place, kan ? Bersyukur je larh for the life that you dapat sekarang.

Ad : Don't forget to join contest Hidup Untuk Memberi. Hadiah Acer Aspire One untuk 2 orang pemenang. Tarikh tutup - 31 Dec 2010. Hurry up and join now !

7 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

eeeeiii...laki tu tolong tak ikhlas lah...mintak dibalas...ape la yang ade pade rm3000 dari masuk penjara? bermadu tu perit walaupon namenye manis...lebih baik masuk penjara dari bermadu...dah tua lak tu...dah pangkat anak ngna bapak..suhanallah...mintak dijauhkan dari idupku..amin

Hasrol Nizam said...

ni lah dunia skrg, asalkan ada duit, macam2 hal pun boleh jadi..pening2

Zida said...

haila. macam macam.

Aidi-Safuan said...

tuh la. terpikir gak. daripada amek yang 55 tahun tuh kan. okay la tuh dapat yang muda. :P

Unknown said...

erm..sekrg nie..semua org kebanyakkan nye tolong tak ikhlas..

jom join 3 nite 3 concert 1 venue
3 nite 3 concert 1 venue

Anonymous said...

muhahha...geliga punya otak...senang2 jer dapat pancing...dunia-dunia~

Atika Ramlan said...

teruk kan laki tu.wlu aman bahgia,tp amek kesempatan