Thursday, February 18

Kelebihan Berdiam.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah S.W.T.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah Diam
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Perhiasan tanpa berhias.
  3. Kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Benteng tanpa pagar.
  5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
  7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam, maka ia terlepas dari bahaya." (Riwayat At-Tarmizi)

Ingat !
  • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
  • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah, memikirkan kesalahan orang lain.
  • Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina. Yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
  • Diam bukan bermakna sombong ! Jadi, kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu . . . kerana senyum itu adalah satu sedekah.
  • Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
  • Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasullullah S.A.W. bersabda : "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat . . ."

Note : Just a forwarded e-mail I felt like sharing.

4 comments:

zalikha nashuha said...

gonna shut my mouth after dis..
hehe..
thanks fer ur info..

Aizat Si Lipan said...

trima kasih

asphaq said...

bagos. leh amik ark suma article ni? aku diam kat kolej. diam salah. bising salah.. haha.. apa depa mau dari aku pon x tau.. wkaka

razi said...

thanks...

nice info..