SURABAYA : Ulama Indonesia mengarahkan supaya umat Islam negara itu tidak meraikan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih kerana ia dilabel sebagai berdosa dan menyebabkan mereka yang meraikannya cenderung mengadakan seks bebas.
"Kami larang orang Islam meraikan Valentine. Ia biasanya diraikan muda-mudi yang belum berkahwin." "Mereka meraikannya dengan melakukan sesuatu yang dilarang Islam, termasuk berpegangan tangan dan melakukan seks bebas,” kata Ketua pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama, Abdullah Cholil.
Ketua Majlis Ulama Indonesia di Jawa Timur, Lalilurrahman pula menegaskan, sambutan cinta dan bermesra dengan pasangan kekasih itu adalah tradisi Barat dan ia tidak sepatutnya diraikan umat Islam.
“Valentine berasal dari budaya Barat, Ia tidak langsung memiliki ciri-ciri Islam ataupun budaya yang diamalkan di rantau Timur,” tegasnya.
Pusat beli-belah di bandar-bandar besar Indonesia bagaimanapun penuh dengan hadiah sempena sambutan Valentine dan juga Tahun Baru Cina. Majoriti warga Indonesia bagaimanapun kerap tidak mengendahkan larangan yang dikeluarkan oleh kumpulan ulama negara itu.
Source : Dilarang rai Valentine.
6 comments:
kat sini ada orang larang tak ihiks..
kalau ikutkan, kat mana2 pun, asalkan umat Islam.. memang x patut celeb Valentine's Day tu...=)
Wanita Itu : Kat sini rasanya dorang tak halang kott. Pasal tu larh ada kempen tunjuk panties. Mcm-mcm. Haih~
Red : Tau tak pe. Sebab memang it's not our tradition.
hari kejatuhan umat Islam.. takyah la sambut.. nk berkasih-kasihan hari2 la~ br romantik hehhe
Senget : Betul gak tu. Tapi jgn berkasih ter'lbey' plak ;)
huhu..x yah la smbut valentine's day neh!
setiap ari kan lebey baik ok utk berkaseh syg.. tp lebih elok utk family. n x pon utk org yg da berkawin..ahaks
Post a Comment