Saturday, February 13

Ustaz Cabul Murid.

Dah jadi tabiat I dah baru-baru ni nak membaca headlines di myMetro. Bukan apa, membaca itu jambatan ilmu. Kan, kan ? So . . . the headline yang caught my attention this time ialah : Ustaz Didakwa Cabul ; Empat Tuduhan Raba Murid.

MUAR: Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah di sini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul empat murid perempuan berusia 10 tahun.


Tertuduh, Samsul Bahri Saleh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor’Iza Mohamed.

Samsul menghadapi empat pertuduhan dengan niat ingin mencabul empat pelajarnya dan pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa meraba paha dan bahagian sulit muridnya pada 1 Februari sehingga 5 Februari lalu antara jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari di sebuah kelas di sekolah tempat dia mengajar.

Tertuduh, Samsul Bahri Saleh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor’Iza Mohamed.

Samsul menghadapi empat pertuduhan dengan niat ingin mencabul empat pelajarnya dan pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa meraba paha dan bahagian sulit muridnya pada 1 Februari sehingga 5 Februari lalu antara jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari di sebuah kelas di sekolah tempat dia mengajar.

Manakala bagi tuduhan kedua, Samsul didakwa meraba bahagian sulit mangsa yang juga muridnya pada tahun lalu di dalam sebuah kelas antara jam 8 pagi sehingga jam 1 tengah hari.

Tuduhan ketiga pula, dia sekali lagi didakwa meraba alat sulit mangsa lain pada tahun lalu antara jam 1 tengah hari di dalam sebuah kelas.

Manakala pertuduhan keempat, tertuduh didakwa meramas buah dada mangsa seterusnya dengan niat ingin mencabul pada 8 Februari lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nor’Iza menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai jumlah ikat jamin bagi setiap kesalahan dilakukan tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia mempunyai ramai tanggungan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi setiap kesalahan dengan seorang penjamin.

Semalam akhbar ini melaporkan tindakan ustaz yang didakwa mencabul kehormatan murid agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini, terbongkar apabila ibu bapa lapan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil.

Kalau korang perasan, tertuduh (Ustaz Samsul) didn't mengaku bersalah terhadap that accusation in the second paragraph. I was wondering, masa tengah baca to the end of the article . . . Kalau betullah dia tak bersalah, claiming that he is kononnya innocent, why agree to pay ? Boleh jer dia saman, or buat some other thing untuk menentang the accusations kan ? Bukan ker dah obvious that he is bersalah ?

"Bagaimanapun, tertuduh meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia mempunyai ramai tanggungan." Ramai tanggungan, meaning his wife & kids ker ? Tertanya pula di dalam hati I, does he do this 'thing' to the kids in his house too ? Cause zaman sekarang ini, there are fathers & brothers out there yang tak boleh dipercayai ; they sendiri sanggup buat macam-macam. You can come across many articles here and there about incest & rogols, kan ?

Manusia bersikap lebih kejam dari binatang. Camne nak ubah dorang ? Haih.

12 comments:

zool said...

aduhai.. sedih aku bila tgk..
dah le berjanggut cam org alim..

gooseberries said...

huhu..truk tol la.. mcm binatang :(

Aidi-Safuan said...

hurm..ape lah nak jadik. tunggu jerla keputusan mahkamah nanti. :(

Sakira said...

Zool : Bukan semua lelaki yang berjanggut dan bersongkok alim. & bukan semua wanita yang memakai tudung dan menutup aurat juga alim.

Kak Sally : Tau xpe. Geli dowh bila I baca news tu. Haih~

Aidi : Keputusan ada tertulis dalam berita tu yer :)

Piji said...

budus, dah kalu xthan sngat, bini kan ada! apa daaa.... budak pom nak cabl ke??? zzzzz......

IntanBerlian said...

adeh.manusia skrg ni..makin pelik2 lah..highlight: cikgu agama Islam dan guru menagjar Quran.wtfish?

Sakira said...

Piji : Syaitan tengah mainkan peranan dia larh tu. Haih.

Bellarossa : Nafsu tu memang sukar dikawal utk semua manusia. Hmm.

joegrimjow said...

ni bukan ustaz da ni

s h a f i q h a s h i m _____ said...

cabul la bini sendiri.hahaha

Sakira said...

Joegrimjow : Tau xpe ! ;(

Epix : Yang halal ada, nak gak yang haram punya. Aish.

Kaizen Shinobi.com said...

modern jahiliyyah... this terms is very popular in my class..

ummat akhir zaman...

ape nak jadi aq dah x taw..

Anif Abdullah| AA said...

see,benda cmni la kita xnak..rupawan alim tp dalaman sebaliknya.. mohon ditetapkan iman olehNya..