Friday, March 5

Novel Berunsur Lucah ?


Ada ke patut mereka ni menjual novel berunsur lucah ? Dan novel ini dijual secara terbuka di pasaran. Ramai remaja yang masih bersekolah membeli novel tersebut. Yang lebih menyedihkan lagi ialah pihak yang menerbitkan novel lucah ini menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk menulis cerpen lucah untuk dimuatkan dan diterbitkan.

Cerpen yang dihantar hendaklah melebihi 3000 patah perkataan dan bayaran sehingga RM150 akan diberi kepada yang menghantar cerpen yang berkualiti. Tetapi pendapatan ini memang tetap HARAM di sisi agama, bukan ?

Antara tajuk cerpan yang telah diterbitkan ialah seperti Hadiah Malam Pertama, Bersama Pelakon Filem Blue, Mengajar Isteri Sepupuku, Eksperimen Seks Di Makmal Kimia, Hadiah Seks Di Harijadi, Belayar Bahtera Bersama Kak Ita dan beberapa tajuk lain, tidak sesuai dibaca remaja.

Namun pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan dan merampas beberapa judul novel yang dijual di beberapa buah kedai di seluruh negara. Antara novel lucah yang dirampas bertajuk Sensasi, Gelora Nafsu dan Kamar Asmara. Pihak berkuasa juga sedang memantau dan menyiasat syarikat penerbitan yang menerbitkan novel berkenaan.

Note : Just a forwarded e-mail I felt like sharing.

15 comments:

et said...

pergh..mcm2 skrg neh..xde rase malu ke hape?

joegrimjow said...

nice
xpernah tahu

haihh
yg org duk beli tu watpe
abeskan duit je

s h a f i q h a s h i m _____ said...

uish? tak pernah jumpa pon.
huhu

uncle said...

dah teruk benar masyarakat kita sekarang ni..dah kemaruk seks betul..sampaikan bende ni pun nak dibuat novel..hati2 jgn terperangkap !! orang cmni boleh ambil kesempatan bila2 masa sahaja..dah nak suruh kisahkan yang benar..dia tahu sejarah kita..boleh lah tumpang simpati atau tumpang nak menggeli..huh..jumpa kat uncle..sunat 4 kali baru tau.!!

sugar2 kapas strawberry said...

errr..ad gak eh yg jual novel lucah..
apela nk jd skang ni ye

Unknown said...

eiiuuwww~

Aus MeLankoLik said...

hahahaha..
ada gak yang minat baca2 ni..
kekeke..

Cikgu Dahlia said...

baru ingat nak antar..miahaha....

memang haram laaa weh mender2 ni..pelik tul, mcm mana penerbitan diluluskan..
kan dlu pernah ade komik yang dijual di pasaran, penuh gmbr2 yg melucahkan..sasarannya pastilah pelaajar2 sekolah..bahaya tul..sbb tu laaa skrg ni gejala sosial menjadi2...

miera said...

yewww

hydir said...

mcm mana boleh lepas KDN?

::aien:: said...

ish3. nobel cintan cintun yg masih bole dibaca umum ta pe la jgk. nih pnya na kya, na duet na terbit nobel cenggini. for sure planggan ramai. haiihh.

Anonymous said...

50 hingga 150 ?

Harap novel lucah jer ... klu novel seram atau thirller Touya dah join .

Ash_my said...

erk..mana dpt pic 2?

pudding pie said...

english novel terlebih-lebih lucah..huhuhu

Nip said...

keh3.
lame da isu nie..
tp mnde cmnie pown bole wat duit kn.
plik3..